Pondok Lubuk Setol
Madrasah Diauddin lebih dikenali dengan nama Pondok Gual Dalam atau Pondok Lubok Setol dan juga Madrasah Dhiauddin . Pondok ini telah ditubuhkan pada 2 April 2000 di Kampung Gual Dalam, Lubok Setol, Rantau Panjang di atas tanah seluas 3.75 ekar yang dibeli dengan harga RM27,500.00 hasil kutipan AJK Pondok yang di bentuk pada bulan Mac 1998.
Pengasas Pondok Lubok Setol ini ialah Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdullah Zawawi Bin Muhammad.
Penubuhan pondok ini berjaya direalisasikan hasil daripada kerjasama dan bantuan daripada penduduk setempat. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Pasir Mas untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailand.
Pondok ini bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan.