Error message

Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in include_once() (line 2 of /home/myradcom/public_html/domain/madrasahdiauddin.com.my/sites/default/settings.php).

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu:

  1. Keluarga
  2. Hartanya
  3. Amalnya

 

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali

2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

 

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

• Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

 

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

• Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

• Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

• Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"

 

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

• Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha

• Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

• Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal

• Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya

• Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

 

Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan

• Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat

• Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

 

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

• Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat

• Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

• Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

 

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...

• Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis

• Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka

• Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

 

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .

• Kini Kau Tinggal Seorang Diri

• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

• Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

• Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

• Hari Ini,....

• Akan Kutunjukan Kepadamu

• Kasih Sayang-Ku

• Yang Akan Takjub Seisi Alam

• Aku Akan Menyayangimu

• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

 

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

• Kembalilah Kepada Tuhanmu

• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya

• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku

• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Kategori: 
Artikel