Pendahuluan
Madrasah Diauddin, lebih dikenali dengan nama Pondok Gual Dalam dan Pondok Lubok Setol. Pondok ini telah ditubuhkan pada 2 April 2000 di Kampung Gual Dalam, Lubok Setol, Jajahan Pasir Mas di atas tanah seluas 3.75 ekar yang dibeli dengan harga RM27,500.00 hasil kutipan AJK Pondok yang di bentuk pada bulan Mac 1998.
Pengasas Pondok Lubok Setol ini ialah Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdullah Zawawi Bin Muhammad
Penubuhan pondok ini berjaya direalisasikan hasil daripada kerjasama dan bantuan daripada penduduk setempat. Dengan terdirinya pondok ini maka bertambahnya bilangan pondok bagi jajahan Pasir Mas untuk dijadikan pusat pengajian bagi umat Islam yang bukan sahaja sekitar jajahan ini malah seluruh negara termasuk dari Thailand.
Pondok ini bernaung di bawah Pusat Pembangunan Pondok Berhad iaitu Persatuan Pondok Kelantan.
Jumlah Pelajar | |
Pelajar Lelaki/Perempuan | 130 orang |
Dewasa / Warga Emas | 70 orang |
Berkeluarga | 15 keluarga |
Sukatan Pengajian
Ilmu yang diajar di sini merangkumisemua ilmu agama termasuk Usuluddin, Fiqah, Mu'ahmalat, Al-Quran, Hadis, Nahu dan lain-lain. Di antara kitab-kitab yang dipelajari Kitab Iqna', I'anatul Tolibin, Hikam, tahrim, Syarah Ibnu Aqil, Pati Miuniyatul Musaili, Pati Faridatul Faraid, Al-Mubion, Minhajul Abidin, dan lain-lain.