Error message

Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in include_once() (line 2 of /home/myradcom/public_html/domain/madrasahdiauddin.com.my/sites/default/settings.php).

Peraturan Pondok

ASRAMA

a)       Dilarang   menyimpan   radio,  TV,  VCD,  dan  alat   berunsur   hiburan  dan
          melalaikan

b)       Pastikan semua bilik sentiasa bersih dan kemas

c)       Padamkan semua suis bila meninggalkan bilik

d)       Waktu tidur pukul 11.30 malam dan diwajibkan bangun pukul 5.30 pagi

e)       Pastikan semua lampu dipadamkan sebelum pukul 11.30 malam

f)        Tidak di benarkan  berkumpul di mana-mana  bilik selain  dari  tujuan belajar
          sahaja

g)       Ditegah masuk ke bilik lain semasa ketiadaan

 

GERAK LAKU DAN PERANGAI

a)       Berkelakuan baik serta bersopan santun sepanjang masa

b)       Tidak dibenarkan keluar merayau-rayau

c)       Hendaklah  meminta  kebenaran  dari  Tuan Guru untuk  keluar  atau pulang
          bercuti ke rumah

DILARANG KERAS

a)       Menghisap rokok, dadah, minum arak dan sebagainya

b)       Berambut panjang, menyimpan kuku dan sebagainya

c)       Mencuri, berjudi dam memiliki senjata tajam

d)       Bergaduh dan mencabar mana-mana penghuni

e)       Membantah hukuman yang dikenakan

f)        Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitive dan negative

RIADAH

a)       Diluar  waktu  pengajian antara  pukul  6.00 petang hingga 20 minit sebelum
          Maghrib

b)       Memakai pakaian yang ditetapkan dan menutup aurat

c)       Semua penghuni diwajibkan

HUKUMAN-HUKUMAN

Salah satu hukuman atau lebih  dikenali yang  tersebut di bawah  ini  boleh dikena-
kan kepada  penghuni  yang  melanggar  peraturan  tatatertib  Madrasah   Diauddin Pondok Gual Dalam:

a)       Kelas tambahan (intensif)
b)       Memungut sampah
c)       Cuci tandas
d)       Menghafal  mana-mana  ayat dari  surah dalam  Al-Quran  atau  mana-mana
          doa
e)       Dirotan di dalam masjid oleh Tuan Guru (AJK Disiplin)
f)        Amaran secara lisan atau bertulis
g)       Cuti untuk beberapa hari dengan persetujuan dari ibu bapa penghuni

Lain-lain  hukuman yang difikirkan patut oleh  lembaga disiplin Madrasah  Diauddin Pondok Gual Dalam

Sentiasa mengikuti dan patuh arahan yang  di keluarkan oleh  Tuan Guru dan tidak membantah mana-mana keputusan AJK Disiplin  Madrasah Diauddin Pondok Gual Dalam Lubuk Setol

 #BERSAMA-SAMA BERJIHAT DEMI MENINGGIKAN MARTABAT ISLAM#